





SEBUAH PERMULAAN
Aku seorang yang x pernah percaya kewujudan cinta pertama dalam hidup. Aku pulang ke kampung yang tidak jauh dari rumah sewa aku untuk bercuti sekolah. Lagipun cuti sekolah penggal pertama hanya seminggu sahaja. Aku dan housemate aq pulang ke kampung masing-masing. Housemate aq nie mcm2 ragam, yelah ada yang kecoh, ada yang te gelak je, dan juga yang ramai peminat. Kami dok serumah dan kongsi segalanya bersama. Nama housemate aku dulu adalah Haini, Dalila, dan Izzati. Housemate yang gila-gila dan menyeronokkan.
Sepanjang cuti nie aq jmpa kawan sekolah aku yang bernama fathin ketika itu dia bekerja di chaah. Ala kawan aku nie kje biasa je asalkan rezeki halal. Aku jmpa dia dan lepak kt tmpat kje die. Selepas aq sekolah form6 atas aq n kwn2 housemate aq pndah r blik kg. X dok umah sewa lg. Terpaksa berulang alik ke sekolah.Bila aq blik sekolah awal aq akan singgah kedai tmpat kawan aku nie.. dari dia jugalah aku mendengar cerita perihal faizal. Tetapi masa 2 aku belum ada keberanian untuk meminta no fon faizal kerana aku bimbang dia tak kenal aku.
Aku habis form6, mse 2 aq nk tggu kptsan exam. Kawan aku nie dia juga kawan pada faizal. Aku memang mencari sangat no fon faizal untuk aku hubungi. Pada mulanya aku mencari dia kerana dia kawan aku dari kecil lagi. Aku ingat lagi aku mula berhubung dengan faizal kerana fathin minta kan no fon faizal dri fmly die. Faizal menghubungi aku lpas fathin bagi no fon aku pada dia. Aku memang x sangka dia ingat lagi sapa aku. Dia juga ingat semua kenangan yang wujud antara kami padahal semua itu telah hampir 11 thun berlalu.
KASIH SAYANG
Dari permulaan itu aku dan faizal kerap berhubung sehinggalah aku mula merasai kelainan dalam perhubungan kami. Pada sesuatu petang, faizal menelefon aku dan meluahkan perasaan dia pada aku, aku terkelu dan tidak sangka ini yang akan terjadi. maklum r bukan senang kot nk percaya kt lelaki sekarang nie. kna r jugak berwaspada. kerana yakin dan percaya kan faizal aku terima dia.
Seingat aku lah awal bulan tujuh aku mendaftarkan diri di Universiti Malaya. Aku ingat lagi sepanjang minggu haluan siswa, faizal mmg xde langsung menghubungi aku sehinggakan aku rasa dia da melupakan aku. Sebulan aku di UM sebagai pelajar, aku mula busy dengan asgment sehinggakan perhatian aku pada faizal pun kurang. Tetapi seawal bulan ramadhan aku semakin rasa dekat dengan faizal padahal dia berada jauh dari aku.Sebulan puasa aku merasakan kelainan kerana perhatian daripada dia untuk aku terlalu menyeluruh sehinggakan aku rasa bahgia sangat.
Pada bulan syawal, pertama kalinya aku berjumpa dengan die selepas 11 tahun berpisah. Perjumpaan ketika itu di Larkin JB. Masa 2 aku temankan kawan aku yang ingin pulang ke rumah makck dia sebab nak menziarahi sepupunya yang excident. Nama kawan aku nie haini. Aku bergerak dari chaah untuk ke JB pada kol 2 petang. Kami sampai di Larkin JB dalam jam 4.30 petang. Masa di Larkin, aku berjumpa denga faizal. Ketika itu cuti raya jadi kami jumpa ikut masa free kedua-duanya.Pertemuan itu buat aku x percaaya pada diri sendiri kerana dapat berjumpa dengan faizal. Walaupun perjumpaan yang sekejap, tetapi tersangat lah bermakna buat aku.
DUGAAN MENDATANG
Selepas perjumpaan itu, aku dan dia semakin rapat dan makin serius. Tetapi bak kata orang lah ‘ kebahgiaan yang dikecapi tidak akan selalunya bahgia’. Itulah yang aku hadapi. Berita demi berita yang aku terima sehinggakan aku jadi semakin lama semakin aku lemah. Berita yang aku perolehi biarlah menjadi rahsia aku dan sesiapa yang tahu sahaja. Hampir 3 bulan aku bertahan dan cuba menjaga hubungan aku dan faizal.
Alhamdulillah selepas itu aku mengecapi kabahagiaan dengan faizal. Semua nie dapat aku tempuhi dengan adanya faizal, teman2 rapat aku dan juga keluarga aku. Teman-teman UM aku ruby, yeyen, mimi, nini, dan ramai lagi turut beri semngat pada aku untuk bertahan. tidal lupa juga pada teman2 sekolah aq yang sma bg semngat pada aku. Ketika itu aku cuma pegang satu je cara dalam hidup aku. Biarlah orang buruk-burukkan aku. Yang penting aku xkan buat cara yang sama kerana aku tahu aku tidak mendapat apa-apa faedah daripada itu semua. aku sendiri tak tahu kenapa org bruk2 kan aku smpai menggunakan laman sosial tok lpskan ketidak puasan hati.huhuhu
KEBAHAGIAAN
Genap setahun buhungan aku dan faizal, pelbagai rintangan aku tempuh, aku masih dengan dia dan berada dalam hidup dia. Tatkala dia meluahkan hajat untuk melamar aku. Aku terkelu lidah tanpa berkata apa-apa kerana belum pernah lelaki melamar aku sebalum ini. Aku fikir faizal Cuma bergurau tetapi sangkaan aku meleset apabila keluarga faizal datang ke rumah aku untuk merisik aku.Ketika itu macam nak runtuh jantung aku kerana bimbang dengan keputusan yang akan diberikan oleh ibubapaku. Ketika sedang menelaah ‘facebook’ aku mendatang SMS dari ayah aku menyatakan mereka menerima lamaran faizal. Aku tidak mampu berkata apa hanya sekadar syukur dan senyuman yang dapat aku berikan.
Sebulan lebih kedua-dua pihak memilih tarikh 19 Disember 2010 sebagai tarikh pertunangan aku dan faizal. Pada tarikh tersebut telah secara rasminya aku menjadi milik faizal tetapi bukan hak milik kekal secara sah ye. Belum lafaz nikah lagi kot. Aku tidak menyangka faizal dan aku bersatu kerana pada mulanya hanyalah satu gurauan ketika zaman sekolah dulu tetapi kini menjadi kenytaan pula.
Alhmdulillah tanggal 19 Disember 2010, semuanya berjalan dengan lancar dan menjadi tarikh kenangan dlm hdup aq kerana merupakan tarikh pertunangan aq dgn dia.. skrg aq da tukar title da..hu5 Harapan aq skrng nie aq dgn die kekal sehingga akhir hayatku...amin..
Doa-doakn r aq ye kwn2....
aku mse tunang
Lelaki yang pernah menjadi sahabatku
Lelaki yang pernah bertakhta di hatiku
Cinta pertama tidak pernah aku percayai
Kini aku akui cinta pertama itu wujud
Mengenali dia selepas perpisahan satu ujian padaku
Mencintai dia kini satu anugerah bagiku
Memiliki die satu mimpi buatku
Aku terima diri die baik dan buruknya
Tiada yang sempurna
Tiada yang kekal
Di bumi Allah ini
Cuma doa kalian yang kupinta
Agar aku dan si dia
Kekal hingga akhir hayat kami..
Amin....
faizal dan aku.