Selasa, 29 November 2011

MeMoRi TeRiNDaH...18/11/11



Assalamualaikum w.t.b

hai semua, lama da x update blog aku nie.. bkan menyepi tp cuma mencari cerita yg sesuai utk tatapan semua.. ehmmmm, skrg da de da cerita best.. xdelah best mne cuma kisah hidup aku nie je... sebelum nie ramai dok tanya aku bila nk khwin.. yelah kn, aku tw aku da tunang..mmg berita nk khwin 2 je korang tggu kn..kdg2 aku x terjawab semua persoalan yg korang tujukan pd aku.. tak terjawab 2 takpe lagi lah.. aku tak tahu nak jawab apa pada korang sebab mmg belum ada perancangan.. setelah perancangan dibuat baru aku bgtw korang semua.. semuanya berlaku tanpa aku sedar dan fikir ikut logik akal.. tapi itulah kebenarannya...

kadang kala timbul persoalan dalam diri aku, dah ke aku sedia nk hadapi satu lagi fasa dlm hidup aku? boleh ke aku pikul tggungjawab sbg isteri? layak ke aku bergelar isteri pada bakal suami aku nnti? boleh ke aku bhgiakan suami aku nnti? ehmmm... sbnrnya berat tnggujawab yg akan aku pikul bila da bergelar isteri nnti.. semua perkara penting dalam hidup..mkin hari mkin aku cuba cari kekuatan dan ilmu agar aku sedia hadapi dugaan yang bakal aku tempuh selepas bergelar isteri...semua aspek aku selidik kot..hahaha aspek apa. korang carilah sendiri ye.. byk hal kena pikir dn lalui sebelum bergelar isteri tw..hehehe alhmdulillah bapa aku byk tlg aku. Dialah yang urusakan hal dgn pihak atasan.. nie tarikh penting sebelum berlakunya peristiwa manis dalam hidup aku..




4/11/2011
aku kena g klinik masa 2.. pg2 lag aku terpacak kt klinik kerajaan Bekok untuk buat ujian darah.. korang pn tw kn skrg prosedur nk khwin kena buat ujian darah bagi HIV.. masa mula2 aku g kaunter pendftaran untuk dftar, boleh kakitangan klinik tu kenakan aku.. agak penyabarlah aku pg 2 kn..huhu da lah tu satu hal.. masa nama aku di panggil untuk pemeriksaan darah 2.. yg buat ujian 2 bukan doktor tp student dri kolej kejururawatan yg praktikal kt klinik 2.. sementara tggu kptsan ujian darah, aku berdebarlah jugak sbb yelah mcm2 kemungkinan boleh berlaku.. tp aku yakin aku sihat je alhmdulillah.. lps 15minit, doktor pggil aku.. alhmdulillah.. kptsan ujian darah 2 non-reaktif ( mksudnya negatif HIV).. AMIN..selesai 1 perkara masa 2.


10/11/2011
aku cuti semester masa nie.. bapa aku yg tetapkan tarikh nie agar aku pegi pejabat agama segamat untuk temuduga dan penyerahan borang maklumat aku dan tunang aku.. sebelum tarikh nie dipilih, mcm2 dugaan aku lalui.. yelah, dgn masalah dari pihak tunang aku kerana prosedur krja dia yg agak ketat menyebabkan aku agak lmbt g temuduga.. pada mulanya aku tak tahu ada temuduga untuk khwin tp lps aku tnya kwn2 aku yg da khwin.. mmg ada temuduga.. aku x pstilah negeri lain ada ke tidak sesi temuduga nie.. tp yang pasti johor ada.. mgkin tidak semua daerah kot.. aku pn x sure..hihihi korang nk tahu org pjbt agama 2 soal apa?? ehm... xnk lah ckp.. korang lalui lah sndri nnti ye.. ala..aggap je pengalaman manis hidup korang nnti..kihkihkih

13 - 16 / 11/ 2011
aku blik UM untuk truskan kls aku.. bukan apa aku xnk ponteng kls kang aku terlebih ponteng kang x psal2 kena bar dari amek exam.. da susah aku kang.. nk khwin tp kena bar dri exam.. xnk aku kes naya 2 namanya..hihihi bapa aku cakap, stdy tetap stdy.. kena habiskan..hihihi

18/11/2011
tarikh dan masa yang aku mmg berdebar-debarkan.. masa nie aku da x btol da.. perasaan aku bercampur baur... tkut, rsau, sedih semua ada...huhu selepas asar aku sah jd isteri kepada Muhamad Faizal dgn.... bpe lafaz eh?? ehmm... biarlah rahsia aku ye..opss..sory ye kwn2.. hehehe masa nk batalkan air sembhyg mmg aku kekok giler.. mcm percaya dan tak percaya je yg aku da jd isteri orang.. lps 2 adalah penyerahan dan penerimaan dan sebagainyalah.. aku mmg x snggup nak lalui semua 2.. yelah aku nie anak pmpuan tunggal dlm family aku.. anak sulung plak 2.. bila da nikah akan bertukar pada suami plak.. masa 2 hanya Allah je faham dan tahu apa yang aku rasakan.. kegembiraan dan kesedihan menjadi satu.. x tw pe perasaan aku masa 2.. tp yg penting sedih sbb lps nie kena utamakan suami dahulu baru family..huhuhu

kini da jd isteri orang.. kami hanya nikah dahulu atas permintaan keluarga... majlis kenduri yg lain akan menyusul kemudian pada tarikh yang akan diberitahu kelak..oh ya, gmbr nikah x dpt di upload kerana masalah yang tertentu.. maafkan kami ye..

kami harapkan doa daripada kalian semua.. doakn kami bahgia dn kekal hingga akhir hayat..AMIN..

*PS= maaf pada kwn2 sbb masalah yg berlaku saat2 akhir..kalian x dpt dtg masa pernikahan aku..huhu